Dokumen Rasmi

Dasar Privasi Maxxim88 – Perlindungan Data Peribadi Anda

Privasi anda adalah keutamaan kami. Dokumen ini menerangkan dengan jelas bagaimana Maxxim88 mengumpul, menggunakan, menyimpan, dan melindungi maklumat peribadi anda setiap masa anda mengunakan platform kami.

Dikemaskini: 1 Januari 2026 Cetak Dokumen
Komitmen Kami

Bagaimana Maxxim88 Melindungi Privasi Anda

Enam lapisan perlindungan data yang kami laksanakan untuk memastikan maklumat peribadi anda sentiasa selamat

Penyulitan SSL 256-bit

Semua data yang dihantar antara peranti anda dan pelayan Maxxim88 dilindungi dengan penyulitan SSL 256-bit yang merupakan piawaian tertinggi industri kewangan dan perbankan global hari ini.

Penyimpanan Data Selamat

Data peribadi anda disimpan di pusat data bersijil yang dilengkapi dengan sistem kawalan akses fizikal dan digital yang ketat. Hanya kakitangan bertauliah yang mempunyai akses terhad kepada maklumat sensitif.

Kawalan KYC Tersusun

Proses KYC Maxxim88 direka bentuk untuk mengesahkan identiti anda dengan selamat tanpa mendedahkan maklumat kepada pihak yang tidak berkaitan. Dokumen KYC disimpan dalam sistem yang berasingan dan disulitkan.

Tiada Penjualan Data

Maxxim88 tidak pernah dan tidak akan menjual, menyewa, atau mengongsi data peribadi anda kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran. Data anda adalah milik anda dan kami menghormati hak tersebut sepenuhnya.

Akses Selamat Melalui App

Aplikasi mudah alih Maxxim88 mengunakan pengesahan biometrik dan pengesahan dua faktor (2FA) untuk memastikan hanya anda yang boleh mengakses akaun anda walaupun peranti anda hilang atau dicuri.

Hak Padam & Kemas Kini

Anda mempunyai hak penuh untuk meminta pemadaman atau pembetulan data peribadi anda pada bila-bila masa. Pasukan sokongan kami akan memproses permintaan tersebut dalam masa7 hari bekerja.

1. Pengenalan & Skop Dasar Privasi

Selamat datang ke halaman Dasar Privasi Maxxim88. Dokumen ini merupakan perjanjian antara anda ("Pengguna" atau "Ahli") dan Maxxim88 ("Platform", "kami") berkaitan dengan cara kami mengendalikan maklumat peribadi anda. Dasar Privasi ini terpakai kepada semua pengguna yang mengakses atau menggunakan platform Maxxim88 melalui laman web, aplikasi mudah alih, atau mana-mana saluran digital yang kami kendalikan.

Kami memahami bahawa kepercayaan anda adalah aset paling berharga kami. Itulah sebabnya kami mengambil tangungjawab perlindungan data dengan sangat serius. Setiap keputusan yang kami buat berkaitan dengan pengurusan data peribadi anda sentiasa dibuat dengan mengutamakan kepentingan dan keselamatan anda.

Nota Penting: Dengan menggunakan platform Maxxim88, anda bersetuju dengan terma dalam Dasar Privasi ini. Sila baca dokumen ini dengan teliti. Dasar Privasi ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Terma dan Syarat kami.

2. Jenis Data Peribadi yang Kami Kumpul

Maxxim88 mengumpul pelbagai jenis maklumat peribadi bergantung kepada jenis interaksi anda dengan platform kami. Berikut adalah kategori utama data yang kami kumpul:

2.1 Maklumat Pendaftaran Akaun
Jenis Data Tujuan Pengumpulan Mandatori
Nama penuh Pengesahan identiti & KYC Ya
Tarikh lahir Pengesahan umur (18+) Ya
Alamat e-mel Komunikasi & pemulihan akaun Ya
Nombor telefon Pengesahan 2FA & notifikasi Ya
Alamat kediaman Pengesahan KYC & pematuhan Ya
Nombor kad pengenalan Pengesahan identiti penuh Untuk pengeluaran
2.2 Maklumat Kewangan

Bagi memproses deposit dan pengeluaran, kami mengumpul maklumat berkaitan kaedah pembayaran anda termasuk nama pemegang akaun bank, nombor akaun (disimpan dalam format tersulitkan), dan nama bank. Kami tidak menyimpan maklumat kad kredit/debit secara terus — transaksi diproses melalui gateway pembayaran bertauliah pihak ketiga.

2.3 Maklumat Teknikal & Pengunaan
  • Alamat IP dan lokasi geografi anggaran
  • Jenis peranti, sistem operasi, dan versi pelayar
  • Rekod sesi log masuk dan log keluar
  • Sejarah aktiviti permainan dan transaksi
  • Data kuki dan pengecam sesi

3. Cara Kami Mengunakan Data Anda

Maxxim88 menggunakan data peribadi anda hanya untuk tujuan yang sah dan munasabah berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan platform kami. Kami tidak menggunakan data anda untuk tujuan lain tanpa kebenaran anda terlebih dahulu.

3.1 Operasi Platform
  • Mewujudkan dan menguruskan akaun anda di Maxxim88
  • Memproses deposit, pengeluaran, dan transaksi bonus
  • Menyediakan akses kepada permainan dan perkhidmatan platform
  • Mengekalkan rekod transaksi untuk tujuan perakaunan dan audit
3.2 Keselamatan & Pencegahan Penipuan

Data anda digunakan untuk mengesan dan mencegah aktiviti penipuan, pengubahan wang haram, akses tidak sah, dan sebarang penyalahgunaan platform. Sistem pemantauan automatik kami menganalis corak transaksi untuk mengenal pasti aktiviti luar biasa yang mungkin menandakan risiko keselamatan.

3.3 Komunikasi & Sokongan

Kami mengunakan alamat e-mel dan nombor telefon anda untuk menghantar notifikasi penting berkaitan akaun, kemas kini keselamatan, maklumat transaksi, dan respons kepada permintaan sokongan anda. Anda boleh memilih untuk tidak menerima komunikasi pemasaran pada bila-bila masaelalui tetapan akaun anda.

3.4 Penambahbaikan Platform

Data pengunaan yang dianonimkan dan diagregatkan digunakan untuk memahami corak pengunaan, mengenal pasti kawasan yang perlu diperbaiki, dan membangunkan ciri-ciri baharu yang lebih baik untuk pengalaman pengguna Maxxim88.

Kami hanya menyimpan data anda selama tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan pengumpulan atau sebagaimana yang diwajibkan oleh undang-undang berkenaan, yang mana lebih lama.

4. Perkongsian & Pendedahan Data

Maxxim88 tidak menjual, menyewa, atau berkongsi data peribadi anda kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran. Walau bagaimanapun, terdapat situasi terhad di mana data anda mungkin dikongsi dengan pihak-pihak tertentu:

4.1 Penyedia Perkhidmatan Bertauliah

Kami bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang bertauliah untuk menjalankan operasi platform kami, termasuk pemproses pembayaran, penyedia perkhidmatan awan, pembekal perisian KYC, dan firma keselamatan siber. Semua penyedia ini tertakluk kepada perjanjian perlindungan data yang ketat dan hanya boleh mengunakan data anda untuk tujuan yang kami tetapkan.

4.2 Keperluan Undang-Undang

Maxxim88 akan mendedahkan maklumat pengguna jika diwajibkan oleh undang-undang, perintah mahkamah, atau badan pengawalseliaan yang mempunyai bidang kuasa sah. Dalam kes sedemikian, kami akan berusaha untuk memaklumkan anda terlebih dahulu jika hal tersebut dibenarkan oleh undang-undang.

4.3 Pemindahan Perniagaan

Sekiranya berlaku penggabungan, pengambilalihan, atau penjualan aset syarikat, data pengguna mungkin dipindahkan kepada entiti baharu. Dalamkes sedemikian, kami akan memaklumkan anda melalui e-mel atau notis yang jelas di platform sebelum data anda dipindahkan dan sebelum sebarang dasar privasi baharu berkuat kuasa.

5. Penyimpanan Data & Langkah-Langkah Keselamatan

Keselamatan data anda adalah keutamaan mutlak bagi Maxxim88. Kami melaksanakan pelbagai lapisan perlindungan teknikal dan organisasi untuk memastikan data anda sentiasa selamat daripada akses tidak sah, kehilangan, atau penyalahgunaan.

5.1 Infrastruktur Keselamatan
  • Penyulitan data dalam transit: SSL/TLS 256-bit untuk semua komunikasi antara anda dan pelayan kami
  • Penyulitan data dalam storan: Data sensitif disulitkan mengunakan AES-256 sebelum disimpan
  • Kawalan akses: Prinsip keistimewaan minimum — kakitangan hanya mengakses data yang mereka perlukan untuk tugas mereka
  • Pemantauan 24/7: Sistem pengesanan pencerobohan dan pemantauan keselamatan berterusan
  • Ujian penembusan: Audit keselamatan berkala oleh firma keselamatan siber bebas
5.2 Tempoh Penyimpanan Data

Data akaun aktif disimpan selama tempoh akaun anda aktif dan untuk tempoh tambahan yang ditetapkan oleh undang-undang berkenaan selepas penutupan akaun. Rekod transaksi biasanya disimpan selama sekurang-kurangnya 7 tahun bagi tujuan pematuhan dan audit kewangan. Data yang tidak diperlukan lagi dilupuskan secara selamat mengunakan kaedah yang memastikan data tidak boleh dipulihkan.

Walaupun tiada sistem yang boleh menjamin keselamatan 100%, Maxxim88 melaksanakan piawaian keselamatan yang konsisten dengan amalan terbaik industri perbankan dan kewangan digital.

6. Kuki & Teknologi Penjejakan

Maxxim88 menggunakan kuki (cookies) dan teknologi penjejakan serupa untuk meningkatkan pengalaman pengguna anda di platform kami. Kuki adalah fail teks kecil yang disimpan di peranti anda apabila anda melawat laman web kami.

6.1 Jenis Kuki yang Kami Gunakan
  • Kuki Penting: Diperlukan untuk fungsi as platform seperti log masuk dan keselamatan sesi. Kuki ini tidak boleh dimatikan.
  • Kuki Prestasi: Mengumpul maklumat tentang cara anda mengunakan platform untuk membantu kami menambah baiknya. Semua data adalah tanpa nama.
  • Kuki Kefungsian: Menyimpan pilihan anda seperti bahasa dan tetapan paparan untuk pengalaman yang lebih diperibadikan.
  • Kuki Analitik: Membantu kami memahami corak penggunaan platform secara keseluruhan melalui data agregat dan tanpa nama.
6.2 Pengurusan Kuki

Anda boleh mengurus atau memadam kuki melalui tetapan pelayar anda pada bila-bila masa. Perlu diambil perhatian bahawa mematikan setengah kuki mungkin mempengaruhi fungsi tertentu di platform Maxxim88. Untuk maklumat lanjut tentang cara mengurus kuki, rujuk bahagian bantuan pelayar web anda.

7. Hak-Hak Anda sebagai Pengguna

Sebagai pengguna Maxxim88, anda mempunyai hak-hak penting berkaitan data peribadi anda. Kami komited untuk memudahkan anda melaksanakan hak-hak ini dengan cepat dan tanpa kerenah yang tidak perlu.

Hak Akses

Anda berhak untuk meminta salinan semua data peribadi yang kami simpan tentang anda dalam format yang mudah dibaca.

Hak Pembetulan

Anda berhak untuk meminta pembetulan sebarang data peribadi yang tidak tepat atau tidak lengkap dalam akaun anda.

Hak Pemadaman

Anda boleh meminta pemadaman data peribadi anda tertakluk kepada keperluan penyimpanan undang-undang yang berkenaan.

Hak Bantahan

Anda boleh membantah pemprosesan data anda untuk tujuan pemasaran terus pada bila-bila masa tanpa sebarang kos.

Hak Mudah Alih

Anda berhak untuk menerima data peribadi anda dalam format berstruktur yang boleh dibaca oleh mesin untuk dipindahkan.

Hak Sekatan

Dalam situasi tertentu, anda boleh meminta agar pemprosesan data anda disekat sementara sambil menunggu siasatan.

Untuk melaksanakan m-mana hak di atas, sila hubungi pasukan sokongan kami melalui sembang langsung atau e-mel. Kami akan memproses permintaan anda dalam masa 7 hari bekerja. Dalamkes yang kompleks, kami berhak untuk memanjangkan tempoh ini sehingga 30 hari dan akan memaklumkan anda tentang kelewatan tersebut.

8. Perlindungan Data Kanak-Kanak

Platform Maxxim88 adalah untuk pengguna berumur 18 tahun ke atas sahaja. Kami tidak secara sedar mengumpul atau memproses data peribadi daripada individu bawah umur 18 tahun. Sekiranya kami mendapati bahawa data peribadi kanak-kanak telah dikumpul secara tidak sengaja, kami akan mengambil langkah-langkah serta-merta untuk memadam data tersebut dan menutup akaun berkenaan.

Jika anda percaya bahawa anak anda yang bawah umur telah mendaftar akaun di Maxxim88, sila hubungi pasukan sokongan kami dengan segera supaya kami dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

9. Pindaan Dasar Privasi

Maxxim88 berhak untuk meminda Dasar Privasi ini pada bila-bila masa bagi mencerminkan perubahan dalam amalan kami, keperluan undang-undang baharu, atau penambahbaikan dalam carakami melindungi data anda. Sebarang pindaan material akan dimaklumkan kepada anda melalui:

  • Notis yang jelas di halaman utama platform selama sekurang-kurangnya 30 hari
  • E-mel pemberitahuan ke alamat e-mel berdaftar anda
  • Notifikasi dalam aplikasi (bagi pengguna aplikasi mudah alih)

Pengunaan berterusan platform Maxxim88 selepas tarikh berkuat kuasa pindaan bermaksud anda bersetuju dengan Dasar Privasi yang telah dipinda. Jika anda tidak bersetuju dengan pindaan tersebut, anda berhak untuk menutup akaun anda dan meminta pemadaman data peribadi anda.

10. Hubungi Kami Berkaitan Privasi

Jika anda mempunyai sebarang soalan, kebimbangan, atau aduan berkaitan dengan cara Maxxim88 mengendalikan data peribadi anda, kami menggalakkan anda untuk menghubungi kami terus. Kami komited untuk menangani setiap pertanyaan dengan serius dan dalam masa yang munasabah.

Pasukan Perlindungan Data kami boleh dihubungi melalui sembang langsung yang tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu, atau melalui e-mel sokongan kami. Anda juga boleh merujuk halaman FAQ kami untuk jawapan kepada soalan-soalan yang paling kerap ditanya berkaitan privasi dan keselamatan akaun.

Masa Respons: Kami berkomitmen untuk menjawab semua pertanyaan berkaitan privasi dalam masa 24 jam bagi kes biasa dan dalam masa 72 jam bagi kes yang memerlukan siasatan lanjutan. Untuk aduan formal, kami akan memberikan respons bertulis dalam masa7 hari bekerja.

Sertai Maxxim88

Data Anda Selamat Bersama Maxxim88

Daftar akaun percuma hari ini dan nikmati platform permainan yang bukan sahaja menyeronokan, tetapi juga melindungi privasi anda pada setiap masa.

English